Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

November 9, 2014

Tips Untuk Menghadiri Interview/Temuduga

Assalamualaikum dan hye semua :)

Baru-II ni Nina ada hadiri interview di satu syarikat CA untuk internship. Ni merupakan pengalaman pertama dalam hidup. Hehe selalunya menghadiri temuduga memberi tekanan kepada anda? Betul tak? Hehe so untuk menghadiri temuduga memerlukan persiapan awal. 


Antaranya :

1) Kadang-kadang penemuduga hanya ingin melihat keyakinanan diri anda apabila bercakap didepan mereka walaupun jawapan yang anda bagi tidak begitu tepat. Petua dia, jangan tak jawab soalan. Yang paling penting, CONFIDENT! :D

2) 1st impression sangat penting untuk menilai seseorang itu. Jadi, pakailah pakaian yang formal dan sopan bagi menunjukkan nilai anda kepada penemuduga. Jangan berpakaian menjolok mata. Tak pasal-II tak dapat kerja tu terus. Hehe pakailah sehabis baik dan smart di mata penemuduga tersebut.

3) Cuba fokus dan memahami apa yang ditanya oleh penemuduga. Jawab dengan baik dan lancar. Jika tidak paham, tak salah jika tanya balik kepada penemuduga tu. Penemuduga ni manusia juga seperti kita.

4) Datang awal atau tepat pada waktu (on time) ke tempat interview tu. Mana tahu jalan jammed ke apa-II halangan ke terjadi kan. So, boleh ambil mood dulu bila sampai awal :)

5) Study pasal company dan jawatan yang kita minta tu. Kadang-II bila penemuduga tanya mengenai bidang yang kita ambil dan jawatan yang kita pilih tu. So, kena tahu lah ye. Hehe contoh macam Nina ambil bidang akaun kan dan Nina interview di CA dan dia tanya mengenai Audit.

Jika anda gugup, takut, cuak atau sebagainya, cuba baca semasa menghadiri temuduga :
  • Sebelum masuk temuduga, bacalah al-Fatihah
  • Baca ayatul Qursi
  • Baca Ayat 1000 Dinar
  • Akhir sekali Zikir ‘Ya Aziz, Ya Jabbar, Ya Mutakabbir'
InsyaALLAH semuanya akan tenang. Dah usaha, tawakkal je padaNya :)


2 comments:

  1. setuju, memang btul semua tips ni membantu sangat untuk perform masa interview...nak tambah sikit, kite rase, bagus jugak kalau kite be prepared untuk jawab apa sahaj soalan berkaian dengan resume kita...kadang2 kite buat resume kite bunyi cam hebat, bila org temu duga tanya, kita tak reti on nak explain...apa benda yang kite dah tulis pada resume...

    so penting jugak kite kenal diri kita, dengan resume kita...it gives a really good impression to the interviewers :D nampak cam berilmu sikit masa interview tuh :D

    ReplyDelete
  2. @Siti Aisya Ibrahim hehe aah betul gak tu sy setuju. hehe masa sy pun dia tanya apa yg ada dekat resume tu :)

    ReplyDelete

Thank you for comment. Come again :)

WARNING!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998
Seseorang yang menggunakan applikasi dengan memulakan penghantaran apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan satu kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi RM 50,000.00 @ dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun @ kedua-duanya.