Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

December 1, 2012

Ciri Blog Yang Tidak Disukai Oleh Pembaca

korang pernah rasa tak kalau pergi sesuatu blog dah click button (x) sebab blog tu memang tak disukai. ini pendapat nina lah sebagai pembaca kita inginkan sesuatu yang sedap mata memandang dan disenangi bukan? oleh itu sebagai owner blog kena lah alert dengan semua ni. janganlah asyik dengan citarasa kita blog pun kucar kacir sampai pembaca yang lain pun dah tak bw blog korang. pembaca lagi penting sebab diorang yang menaikkan traffic blog kita. so antara blog yang tidak disukai oleh pembaca versi nina adalah :
1. Tulisan yang serabut dan tidak difahami oleh pembaca
     - Jenis font
cuba korang perhatikan tulisan di blog anda tu boleh di baca atau tidak. jenis font pun penting dalam blog tau. bukan sahaja senang di fahami malah senang di baca oleh pembaca yang datang ke blog korang. so seronok lah pembaca nak baca story korang tu kan. hehe
     - Jenis ayat yang ditulis
contohnya : kitew laww bulehhh nak kaw... ha jenis ayat macam ni bukan semua orang boleh baca. malah, orang belum sempat nak baca keseluruhan dah terus tekan button (x) dekat blog korang tu. so biarlah skema sikit janji orang paham dan lebih suka datang blog korang tu ye ^^

2. Susunan gadget yang tidak teratur
ha susunan gadget yang serabut dan tidak teratur menyebabkan mengganggu mood pembaca nak bw di blog korang. so nak banyak boleh tapi pastikan teratur ye.

3. Ayat mengekori cursor
hey nina pantang betul kalau bw cursor dia diekori ayat. tak suka lah! bagi nina ia mengganggu dengan serabut lagi. terus tekan button (x). korang tak nak kan macam tu so tak payah lah buat :D

4. Verification word di bahagian komen

nina tengok kebanyakkan blogger guna. ni satu lagi memang kurang suka. ada yg jenis please prove you're not a robot. alamak spoil betul lah. dah lah kadang kadang tak betul kena buat lagi. berkali kali nak kena cuba.

5. Load blog lambat
ni satu mesti ramai yang kadang nak bw blog orang kena tunggu loading blog. kemain lamanya. sebab blog tu berat. maybe banyak sangat gadget or tah lah. hehe sorry ! memang nina tak sabar terus tekan button (x) ok.. korang pegi tutorial blog siapa yang ada tutorial ringgan kan blog..

6. Pop-Up display
apa maksudnya? contoh macam ni lah :

mungkin ramai pembaca yang tidak menyukai benda alah ni sebab kena tunggu kiraan masa dia baru lah boleh ke blog diorang dan setiap kali nak bw akan display benda ni. so tak payah lah ye buat sebab bukan semua suka nak baca iklan or LIKE ke. korang boleh je buat button like di sidebar sudah memadaii.

7. Lagu autoplay
maaf sekali lagi ingin nina katakan bukan semua suka dengan lagu di blog. mungkin mereka tidak dapat fokus apa yang dibaca dan menganggu pendengaran. kalau slow ok lah tapi sound dia kadang kadang terlalu kuat. setiap kali nak Open New Tab lagu yang sama akan didengari dan menyebabkan banyak lagu akan bertindih dan akan jadi serabut gitu. korang nak letak lagu boleh tapi bukan yang autoplay ye :)

8. Tiada followers gadget
yang ni selalu nina jumpa. nina kalau tak ada followers gadget ni kurang sikit nak follow sebab kadang kadang kalau kita tekan button follow yang ala tumblr tu kan tak masuk dekat list of your followers. nanti marah pula kita tak follow tapi siapa suruh letak button follow ala tumblr tu. hehe

ok ini sahaja yang nina ingin share kan. sorry ye kalau siapa terasa. ni pendapat nina je. terpulang lah pada korang tau ^^ dulu blog nina pun tak sebaik sekarang tapi nina pun banyak terima kritikan membina. so kita kena belajar lah ye jadi yang ok cukuplah kalau bukan terbaik kan :)

12 comments:

  1. hahaha .. nasib baik ciri2 kat atas tu takde pun dalam ciri2 blog amer dan juga blog sera :D

    happyblogwalking

    ReplyDelete
  2. @amercorner.com : haha Alhamdulillah baguslah mcm tu ^^

    ReplyDelete
  3. yana pon dah ada ciri2 cmtuh..tapi entahlah ada ker tidak..hehehe..x tau lah camna reaksi pembacanya ;P..

    ReplyDelete
  4. Fuhh,nasib baik tak ada ciri2 macam tu. Hoho..

    ReplyDelete
  5. @yana yani : hehe yeke. kalau selagi ok boleh je terima oleh pembaca :)

    ReplyDelete
  6. Yang ada word verification tu memang tak suka.. Hehe
    Erm, awak guna form apa ek ?

    ReplyDelete
  7. @Az Meeda : hehe kan? samalah ;P font Century Gothic..

    ReplyDelete
  8. Terasa pulak part lagu autoplay tu :p heheheh

    ReplyDelete
  9. @#JemahAwesome : hehe sorry :( tapi kan sy dah ckp terpulang pd sendiri nak :)

    ReplyDelete
  10. ada satu benda yang ada dekat blog Mira.. Akan diubah , in shaa Allah :)

    ReplyDelete

Thank you for comment. Come again :)

WARNING!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998
Seseorang yang menggunakan applikasi dengan memulakan penghantaran apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan satu kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi RM 50,000.00 @ dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun @ kedua-duanya.