Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

October 21, 2011

SaMbUtan HaRi kAnAk KaNaK 2011


ANAK adalah anugerah paling berharga yang diamanahkan oleh Allah SWT kepada ibu bapanya.

Tiada harta yang paling berharga di dunia melainkan seorang anak yang diamanahkan sebagai penyambung keturunan.

Ibarat kain putih yang bersih, ibu bapa diberi tanggungjawab untuk mencorak anak yang dianugerahkan itu untuk menjadi seorang manusia yang beriman dan beramal soleh.

Sehubungan itu, anak-anak perlu dididik dan dipelihara sebaik mungkin bagi menjadikan mereka 'permata' yang paling berkilau.

Permata tersebut bukan sahaja akan menentukan maruah diri dan keluarga tetapi juga kepada negara tercinta.

Justeru, kepentingan golongan kanak-kanak ini sering diberi keutamaan dan ia sudah terbukti sejak dahulu apabila pada tahun 1959, sambutan Hari kanak-Kanak Sedunia pertama diisytiharkan.

Bersandarkan kepada catatan sejarah, Hari Kanak-Kanak Sedunia pertama kali diraikan sejak 1959, di mana tarikhnya dipilih dari mana-mana hari Sabtu pada bulan Oktober.

Dari tahun 1960 hingga 1994, Majlis Kebajikan Kanak-Kanak Malaysia bertanggungjawab menganjurkan perayaan ini, sebelum diambil alih pada 1995 oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia di bawah Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat (sekarang ini Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat) secara tahunan pada setiap bulan Oktober.

Pada tahun ini Hari Kanak-Kanak Sedunia Peringkat Kebangsaan akan disambut secara besar-besaran pada 22 Oktober ini di Kuala Lumpur.

Bertemakan Menjana Karisma Kanak-Kanak, sambutan itu dianjurkan bagi pendedahan kepada masyarakat terutama ibu bapa mengenai tanggungjawab terhadap kanak-kanak dan apa sepatutnya atau tidak seharusnya dilakukan dalam mendidik anak-anak.

Sambutan tahun ini bakal disertai hampir 5,000 orang terdiri daripada kanak-kanak Taska permata, institusi kanak-kanak, ibu bapa, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat setempat.

Selain menunjukkan penghormatan masyarakat kepada kanak-kanak sambutan itu bertujuan menyedarkan mereka mengenai tanggungjawab sebenar dalam memelihara hak serta masa depan kanak-kanak.

Dalam perutusan sempena Sambutan Hari kanak-kanak, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, kebajikan untuk kanak-kanak menjana fokus utama di bawah program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (Kar1sma) termasuk membela golongan itu daripada menjadi mangsa penganiayaan dan juga keganasan.

"Kita mahu semua anggota masyarakat terlibat sama demi kebajikan kanak-kanak tanpa dipertanggungjawab sepenuhnya kepada kerajaan,'' ujarnya.

sumber : utusan online

No comments:

Post a Comment

Thank you for comment. Come again :)

WARNING!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998
Seseorang yang menggunakan applikasi dengan memulakan penghantaran apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan satu kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi RM 50,000.00 @ dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun @ kedua-duanya.