Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

March 10, 2011

TipS ELaKkAN mEnGaNtUK DaLaM kELas

hello nina tadi test. alhamdulillah.. tak dela esok nina balik fikit test lagi. memang enjoyla weekend nina.


hehe ok act nina nak share tips ni. ha tengok pic atas ni. hehe korang mesti da besekan wat. ala besela tu. nina pun hari-hari macam tu. haha memang mengantuk je dalam kelas. dengan letih lagi kelas tak putus-putus. aduh! macam tula sebagai student kan. tak tahu la memang nina ke atau lect tak reti mengajar menyebabkan student bosan dan jadi mengantuk. haha meh meh baca tips ni..


1. pastikan anda duduk depan.. kalau tempat duduk tetap macam kat sekolah nak buat macam mana pulak? tak pe jangan risau.. tinggikan tempat duduk anda.. ataupun anda berdiri di tempat anda masa cikgu tengah bercakap kat depan.. kalau cikgu tanya, cakap "saya mengantuk cikgu!" (hehe kadang-kadang berani la cakap macam ni. kalau cikgu garang tu terpaksala berdiam diri. tahan jela. haha kat kolej nina minta kuar je pergi tandas ke kalau mengantuk sangat.)

2. ambil bahagian dalam kelas..tanya la pensyarah/cikgu anda apa-apa soalan.. kalau tak anda angkat je tangan.. bila cikgu/pensyarah tanya kenapa, anda cakap "saya tak faham, boleh ulang tak cikgu/sir/madam/miss?" walaupun anda faham.. tanya je. hehe

3. sambung ayat cikgu/pensyarah anda.. kadang-kadang, cikgu/pensyarah anda ni tak dapat nak teruskan ayat.. anda cuba la sambung ayat cikgu/pensyarah anda.. kalau salah pun tak apa.. nak cakap kuat pun boleh.. cakap perlahan cukup untuk kawan sebelah anda dengar pun tak apa.. (hehe..kat sekolah selalu jugak macam ni..kat kolej pun. hehe tapi selalu terkena yang nina cakap tu betula. bangga! haha)

4. bawa bekalan minuman ke dalam kelas (jika dibenarkan).. seeloknya air kosong/air masak/air mineral.. kita mengantuk kerana kekurangan oksigen dalam otak.. atau tarik nafas dalam-dalam  2 3 kali.. nak lebih pun tak apa.. hehe
5. kalau betul anda tak boleh tahan.. tutup mata untuk 1 minit.. pastikan kepala anda tidak berada atas meja.. nak tongkat dagu boleh.. tapi 1 minit je.. pendengaran tetap jalan okay! jangan tidur terus.. (tapi selalu orang tidur terus kalau da macam ni. hehe)

6. pastikan pen/pensel anda sentiasa menari-nari.. do doodles.. doodles tu apa? conteng-conteng la.. conteng atas kertas ye jangan conteng atas meja dan buku.. "vandalisme" nanti kena cap kat dahi.. haha! kalau tak nak menconteng, lebih baik anda ambil nota.. lagi bagus!

7. duduk dalam posisi yang betul... jangan la gedik-gedik nak letak kepala atas meja, baring-baring segala bagai.. memang la anda mengantuk kalau macam tu..

8. buat regangan asas tangan, kaki dan leher supaya darah beredar ke seluruh badan dengan lancar.. nina tak galakkan goyang kaki "bouncing legs" ataupun "rocking body frontwards and backwards" sebab ada orang memang layan ngantuk cara ni.. (haha nina la tu sebab lagi nina buat lagi mengantuk. haha pelik-pelik.)

9. ambil vitamin B-12 sebelum pergi kelas.. vitamin ni untuk kesihatan minda/otak dan saraf-saraf anda.. makanan seharian yang ada vitamin ni, isi dada ayam, telur rebus, pendek kata ambil sarapan pagi.. (nina memang tak buatla yang ni. tak suka makan ubat. hehe but nina akan breakfast dulu..)
10. kalau tak hilang mengantuk jugak, baca a'uzubillahiminasyaitonirrajim (ta'auz) 3 kali sapu kat muka.. atau keluar daripada kelas.. basuh muka, ambil wuduk sekali... sebab syaitan kabir sedang mengacau anda menuntut ilmu.. berwuduk paling berkesan antara semua di atas.. insyaALLAH..


selamat mencuba! hehe :)

4 comments:

Thank you for comment. Come again :)

WARNING!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998
Seseorang yang menggunakan applikasi dengan memulakan penghantaran apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan satu kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi RM 50,000.00 @ dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun @ kedua-duanya.